Pencapaian cemerlang Noor_Neelofa_Mohd_Noor

Pada April 2017, Neelofa telah terpilih sebagai salah seorang daripada 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 bagi kategori E-Dagangan dan Peruncitan oleh majalah perniagaan antarabangsa Forbes[42] dan ia merupakan pengiktirafan yang cukup membanggakan biarpun usianya dalam dunia perniagaan masih hijau.[42] Beliau juga ialah antara 10 individu utama yang tampil dalam versi majalah.[42] Selain beliau, turut berada dalam senarai itu ialah Vivy Yusof, Sasha Tan, Edmund Ooi, Victor Chua dan lain-lain lagi.[42][43][44]

Beliau terpilih mewakili Malaysia untuk Program Delegasi Belia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan dijemput menjadi panel penceramah di Forum Belia Misk-UNDP 2017, yang diadakan di New York, Amerika Syarikat pada September 2017.[45] Beliau turut diberi penghormatan sebagai tetamu penting dalam majlis Swarovski Crystal Wonderland Party sempena Minggu Fesyen Milan yang diadakan di Milan, Itali pada 21 September.[46]

Pada 8 Disember 2017, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia melantik Neelofa sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya yang baru.[47] Tony Fernandes, ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia menyifatkan Neelofa sebagai "seorang yang cerdik dan berdikari".[47] Beliau diumumkan sebagai wanita berhijab pertama yang menghiasi papan iklan jenama aksesori perhiasan popular, Swarovski di Malaysia pada 14 Mei 2019.[48][49]

Neelofa menerima pencalonan dalam kategori usahawan pada anugerah berprestij antarabangsa, Influencer Awards 2019 Monaco sebagai ruang terbaik untuk mengukuhkan empayarnya. Anugerah itu bakal berlangsung di Monaco pada 5 dan 6 Oktober.[50][51][52]

Rujukan

WikiPedia: Noor_Neelofa_Mohd_Noor http://www.agendadaily.com/Hiburan/neelofa-terbit-... http://english.astroawani.com/malaysia-news/neelof... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/hampir-se... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/neelofa-u... http://www.dailyseni.com/v4/neelofa-continues-swee... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.imdb.com/name/nm4871549/ http://izyan.com/2013/12/saya-dengan-caprice-meman... http://malaysiandigest.com/frontpage/29-4-tile/676... http://www.malaysiandigest.com/frontpage/29-4-tile...